fbpx
Kluster Kebajikan: Bina Bersama

Kempen Baik Pulih Masjid Wan Chik Ariffin, Pulau Pinang

masjidwanchik59

Masjid berusia 100 tahun ini memerlukan bantuan anda!

Masjid Wan Chik Ariffin, yang telah berdiri megah selama 100 tahun, bukan sekadar rumah ibadah, tetapi juga mercu tanda warisan Islam yang penuh bersejarah di Pulau Pinang. Namun, usia yang semakin lanjut telah menyebabkan beberapa bahagian struktur masjid, terutama di alang dan atap, berada dalam keadaan usang dan membahayakan keselamatan para jemaah.

Atas keprihatinan ini, kami melancarkan Kempen Baik Pulih Masjid Wan Chik Ariffin untuk memastikan masjid ini terus menjadi tempat yang selamat, selesa, dan indah bagi semua. Penambahbaikan dan penyelenggaraan segera diperlukan, dan kami tidak dapat melakukannya tanpa sokongan dan keprihatinan anda.

keadaan bumbung masjid pada masa sekarang..

Struktur bumbung yang kian rapuh dan menghakis membahayakan jemaah.

Anggaran Kos bagi Kerja Baik Pulih

Anggaran Kos Baik Pulih: RM800,000

Gerak Kerja Utama:

Selenggara & Naik Taraf Infrastruktur:

  • Ganti rangka atap genting masjid yang rosak.
  • Ganti kayu utama dan atap genting.
  • Perbaiki struktur bangunan yang terjejas.

Pemasangan Awning Baru:

  • Pemasangan awning di kawasan parkir kereta.
  • Pendawaian tambahan (kipas, lampu, ekzos fan, simen lantai, longkang).

Naik Taraf Pintu Gerbang Utama:

  • Pembinaan tembok baru setinggi 6 kaki di pintu masuk utama.
  • Papan tanda masjid baru.
  • Penambahbaikan sistem lampu di kawasan pintu utama.

Pendawaian Elektrik Baru:

  • Penambahan plug point.
  • Penggantian pendawaian lama yang rosak.
  • Pemasangan sistem solar (panel TNB, inverter, pendawaian).

Sistem PA dan TV:

  • Pemasangan sistem PA dan speaker untuk kawasan dalam dan luar masjid.
  • Pemasangan TV di ruang solat.

Pemasangan CCTV:

  • 16 unit kamera CCTV HD untuk keselamatan.
  • 1TB hard disk dan monitor.

Jadilah Peneraju Perubahan!

Sumbangan ikhlas anda adalah nadi yang menghidupkan Masjid Wan Chik Ariffin. Bersama kita semarakkan ibadah, dakwah, dan manfaat kepada ummah.

Hulurkan infaq anda hari ini dan jadikan ia amal jariah yang berpanjangan!

Sumbangan anda amat diperlukan

SUMBANGAN AMAT DIPERLUKAN DAN DIHARGAI UNTUK MENJAYAKAN PROJEK DAN PROGRAM YAYASAN. SILA SALURKAN SUMBANGAN KE AKAUN YAYASAN MIHRAB :

Verified by MonsterInsights