Kluster Kebajikan: Bina Bersama

Kempen Bina Bersama

masjidwanchik59

Membantu mengumpulkan dana bagi membina dan membaik pulih infrastruktur seperti pusat komuniti, institusi pendidikan, masjid, surau dan balai raya yang menjadi pemangkin kepada akses pendidikan, pengukuhan komuniti, dan kesejahteraan sosial

Usaha ini bertujuan menyediakan persekitaran yang selesa, selamat dan kondusif bagi memperkasa komuniti melalui akses yang lebih baik kepada keperluan kebajikan, peluang pendidikan, pembangunan sosial, dan kerohanian. 

 

Antara Yang Dibantu:

1. Pusat Kecemerlangan Pendidikan MTSFAZ, Gombak.
2. Kompleks Komuniti Pulau Kulapuan, Semporna
3. Pusat Komuniti Mardhiyah, Petaling Jaya.
4. Surau Pakatan Amal Jariah, Petaling Jaya
5 .Dewan Komuniti Wan Chik Ariffin, Georgetown

Anggaran Kos bagi Kerja Baik Pulih

Anggaran Kos Baik Pulih: RM800,000

Gerak Kerja Utama:

Selenggara & Naik Taraf Infrastruktur:

  • Ganti rangka atap genting masjid yang rosak.
  • Ganti kayu utama dan atap genting.
  • Perbaiki struktur bangunan yang terjejas.

Pemasangan Awning Baru:

  • Pemasangan awning di kawasan parkir kereta.
  • Pendawaian tambahan (kipas, lampu, ekzos fan, simen lantai, longkang).

Naik Taraf Pintu Gerbang Utama:

  • Pembinaan tembok baru setinggi 6 kaki di pintu masuk utama.
  • Papan tanda masjid baru.
  • Penambahbaikan sistem lampu di kawasan pintu utama.

Pendawaian Elektrik Baru:

  • Penambahan plug point.
  • Penggantian pendawaian lama yang rosak.
  • Pemasangan sistem solar (panel TNB, inverter, pendawaian).

Sistem PA dan TV:

  • Pemasangan sistem PA dan speaker untuk kawasan dalam dan luar masjid.
  • Pemasangan TV di ruang solat.

Pemasangan CCTV:

  • 16 unit kamera CCTV HD untuk keselamatan.
  • 1TB hard disk dan monitor.

Jadilah Peneraju Perubahan!

Sumbangan ikhlas anda adalah nadi yang menghidupkan Masjid Wan Chik Ariffin. Bersama kita semarakkan ibadah, dakwah, dan manfaat kepada ummah.

Hulurkan infaq anda hari ini dan jadikan ia amal jariah yang berpanjangan!

Sumbangan anda amat diperlukan

SUMBANGAN AMAT DIPERLUKAN DAN DIHARGAI UNTUK MENJAYAKAN PROJEK DAN PROGRAM YAYASAN. SILA SALURKAN SUMBANGAN KE AKAUN YAYASAN MIHRAB :