Membina Generasi Harapan

Yayasan Mihrab: Platform untuk perubahan positif masyarakat.

Ditubuhkan pada 7 Jun 2023 di bawah Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan) 1952 [Akta 258], Yayasan Mihrab wujud sebagai platform untuk membawa perubahan positif kepada masyarakat. Kami berfokus kepada empat kluster utama: pendidikan, kebajikan, perubatan, dan ekonomi, dengan perhatian khusus kepada pembangunan golongan belia.

Objektif Kami

Kebajikan:

Memberi khidmat bantuan bagi meningkatkan taraf hidup golongan kurang berkemampuan.

Pendidikan:

Menyokong peluang pendidikan dan pekerjaan untuk memaksimumkan potensi belia.

Kesihatan:

Meningkatkan kesedaran tentang penjagaan kesihatan demi melahirkan masyarakat yang sihat dan berdaya saing.

Ekonomi:

Menyediakan bantuan kewangan dan latihan keusahawanan kepada mereka yang memerlukan.

Slogan Kami

“Membina Generasi Harapan”

Visi Kami

Menjadi sebuah yayasan yang tersusun dan diyakini, kami komited untuk membina generasi harapan yang berilmu tinggi, beradab, dan berwibawa—pemimpin masa depan yang mampu membawa negara ke arah kegemilangan.

Misi Kami

Kami memperkasakan masyarakat melalui ilmu yang bermanfaat dan budaya yang beradab tinggi. Dengan mengutamakan empat teras utama – kebajikan, pendidikan, perubatan, dan ekonomi – kami berusaha membentuk kehidupan yang lebih harmoni dan positif untuk semua.

Kami percaya bahawa perubahan bermula dengan tindakan kecil tetapi bermakna. Yayasan Mihrab mengajak anda untuk bersama-sama membina generasi harapan yang cemerlang.

#BersamaMembinaGenerasiHarapan

Sumbangan anda amat diperlukan

SUMBANGAN AMAT DIPERLUKAN DAN DIHARGAI UNTUK MENJAYAKAN PROJEK DAN PROGRAM YAYASAN. SILA SALURKAN SUMBANGAN KE AKAUN YAYASAN MIHRAB :