Kluster Kebajikan: Kempen Satu Hati
Bersama Kita Membantu, Bersama Kita Membina Harapan
OBJEKTIF: Menyalurkan bantuan keperluan asas seperti agihan daging korban, bantuan makanan, dan sumbangan kebajikan kepada asnaf, golongan B40 serta masyarakat majmuk di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
Inisiatif ini turut diperluas kepada golongan tertentu seperti anak yatim, warga emas, orang kelainan upaya (OKU) dan wanita di pusat perlindungan, sebagai sebahagian daripada komitmen Yayasan untuk memperkasa komuniti rentan tanpa mengira latar belakang, kaum atau agama.
Keadaan kehidupan mereka yang dhaif dan penuh cabaran amat memerlukan sokongan kita..
1. Penduduk di Kepulauan Semporna seperti Pulau Bum Bum, Pulau Kulapuan, Pulau Denawan, Pulau Mabul & lain-lain
2. Penduduk di Lawas, Sarawak
3. B40 Cina, Georgetown
4. Penduduk PPR Batu Muda, Kuala Lumpur
5. Keluarga asnaf sekitar Lembah Klang.
5. 3 Rumah Perlindungan Wanita dan Bayi
6. 5 Pusat Jagaan Rumah Asnaf & anak yatim
7. 7 Pusat Jagaan Warga Emas dan OKU
✅ Bantuan Perubatan
Menyediakan akses kepada rawatan kesihatan, ubat-ubatan, dan peralatan perubatan agar mereka dapat menikmati kehidupan yang lebih sihat dan berkualiti.
✅ Bantuan Baik Pulih Fasiliti
Memperbaiki dan memulihkan kediaman serta infrastruktur bagi memastikan mereka tinggal dalam persekitaran yang lebih selesa dan selamat.
✅ Bantuan Kewangan
Menyediakan sokongan dalam bentuk kewangan atau baucar bagi membantu mereka memenuhi keperluan asas serta membina masa depan yang lebih stabil.
✅ Bantuan Motivasi
Menyediakan program sokongan untuk meningkatkan keyakinan diri dan memberi inspirasi kepada mereka dalam meneruskan kehidupan dengan lebih positif dan berdaya saing.
Bersama Kita Mampu Membawa Perubahan
Mari bersama memainkan peranan dalam membina masyarakat yang lebih prihatin dan penyayang.
Hulurkan infaq anda hari ini dan jadikan ia amal jariah yang berpanjangan!
Sumbangan anda amat diperlukan
SUMBANGAN AMAT DIPERLUKAN DAN DIHARGAI UNTUK MENJAYAKAN PROJEK DAN PROGRAM YAYASAN. SILA SALURKAN SUMBANGAN KE AKAUN YAYASAN MIHRAB :











