Kluster Pendidikan

Kempen Sinar Harapan:
Harapan Untuk Masa Depan Mereka!

new

OBJEKTIF: Memperluas akses kepada pendidikan berkualiti bagi golongan asnaf, anak yatim, pelajar pendidikan khas, dan pelajar berpotensi tinggi melalui penyediaan bantuan pembiayaan pendidikan serta pembiayaan pengurusan sekolah

Inisiatif ini dilaksanakan melalui Tabung Biasiswa Pendidikan, yang merangkumi pembangunan Pusat Kecemerlangan Pendidikan (EEC), sokongan berterusan kepada institusi pendidikan khas, serta pelaksanaan program-program strategik seperti bantuan “Back To School” dan Karnival Pendidikan. Kesemua usaha ini bertujuan memastikan penyertaan pelajar meningkat dan kejayaan akademik mereka diperkukuh secara menyeluruh.

Setiap Sumbangan Anda Memberikan Harapan kepada Anak-anak yang Memerlukan.

  1. Pusat Kecemerlangan Pendidikan MTSFAZ
  2. Rumah Penyayang Darul Ilmi
  3. Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti, PDKKIU
  4. Bright Berries Special Need Education Center, Setapak
  5. Pusat Pendidikan Huzaifah
  6. Pusat Pendidikan Al Bahjah, Kemaman
  7. Kompleks Anwar al Batul, Subang
  8. Pusat Pendidikan Al Fadni, Ampang
  9. Sekolah Pendidikan Khas, Jalan Batu

Kempen Tabung Biasiswa Pendidikan : Membuka Pintu Ilmu, Mencerahkan Masa Depan

Anggaran Kos Baik Pulih: RM800,000

Yayasan Mihrab komited menyokong pendidikan anak-anak asnaf dengan menyediakan biasiswa untuk memastikan mereka terus belajar tanpa beban kewangan. Dengan sokongan yang diberikan, mereka dapat meneruskan pendidikan dan kelak menyumbang kembali kepada masyarakat.

Antara misi dan matlamat Kempen Tabung Biasiswa Pendidikan adalah :  

Menyediakan Akses Pendidikan
Memberi biasiswa dan bantuan kepada pelajar kurang berkemampuan, anak yatim, dan asnaf untuk memastikan peluang pendidikan yang setara.

Membangunkan Potensi Diri
Memberi peluang kepada pelajar untuk mencapai kecemerlangan akademik dan kemahiran bagi meningkatkan taraf hidup mereka.

Menyokong Pendidikan Inklusif
Membantu anak berkeperluan khas seperti autism, disleksia, dan ADHD dalam kalangan B40 untuk mendapatkan terapi dan pendidikan yang sesuai bagi memastikan perkembangan holistik mereka.

Mengurangkan Beban Kewangan
Membantu pelajar dan keluarga mengatasi kesulitan kewangan agar mereka dapat fokus kepada pembelajaran.

Melahirkan Generasi Penyumbang
Membantu penerima biasiswa menjadi individu yang berdaya maju dan mampu menyumbang kepada pembangunan masyarakat.

Bersama Kita Cetus Perubahan!

Mari bersama menerangi masa depan pendidikan mereka.

Hulurkan infaq anda hari ini dan jadikan ia amal jariah yang berpanjangan!

Sumbangan anda amat diperlukan

SUMBANGAN AMAT DIPERLUKAN DAN DIHARGAI UNTUK MENJAYAKAN PROJEK DAN PROGRAM YAYASAN. SILA SALURKAN SUMBANGAN KE AKAUN YAYASAN MIHRAB :

Verified by MonsterInsights