Kluster Pendidikan : Kempen Tabung Biasiswa Pendidikan

Kempen Tabung Biasiswa Pendidikan:
Harapan Untuk Masa Depan Mereka!

new

Di luar sana, ramai anak-anak daripada golongan asnaf berdepan dengan kesukaran untuk mendapatkan pendidikan yang sempurna. Kekangan kewangan menyebabkan mereka ketinggalan berbanding rakan sebaya. Golongan ini termasuk anak yatim, pelajar tahfiz, dan anak berkeperluan khas

Atas keprihatinan ini, Yayasan Mihrab melancarkan Kempen Tabung Biasiswa Pendidikan bagi memastikan setiap anak yang memerlukan mendapat peluang pendidikan yang setara. Kami percaya bahawa ilmu adalah kunci perubahan dan dengan bantuan anda, kita dapat membuka pintu masa depan yang lebih cerah untuk mereka.

Setiap Sumbangan Anda Memberikan Harapan kepada Anak-anak yang Memerlukan.

Masih ramai anak-anak yang memerlukan sokongan kita untuk meneruskan pendidikan.

Kempen Tabung Biasiswa Pendidikan : Membuka Pintu Ilmu, Mencerahkan Masa Depan

Anggaran Kos Baik Pulih: RM800,000

Yayasan Mihrab komited menyokong pendidikan anak-anak asnaf dengan menyediakan biasiswa untuk memastikan mereka terus belajar tanpa beban kewangan. Dengan sokongan yang diberikan, mereka dapat meneruskan pendidikan dan kelak menyumbang kembali kepada masyarakat.

Antara misi dan matlamat Kempen Tabung Biasiswa Pendidikan adalah :  

Menyediakan Akses Pendidikan
Memberi biasiswa dan bantuan kepada pelajar kurang berkemampuan, anak yatim, dan asnaf untuk memastikan peluang pendidikan yang setara.

Membangunkan Potensi Diri
Memberi peluang kepada pelajar untuk mencapai kecemerlangan akademik dan kemahiran bagi meningkatkan taraf hidup mereka.

Menyokong Pendidikan Inklusif
Membantu anak berkeperluan khas seperti autism, disleksia, dan ADHD dalam kalangan B40 untuk mendapatkan terapi dan pendidikan yang sesuai bagi memastikan perkembangan holistik mereka.

Mengurangkan Beban Kewangan
Membantu pelajar dan keluarga mengatasi kesulitan kewangan agar mereka dapat fokus kepada pembelajaran.

Melahirkan Generasi Penyumbang
Membantu penerima biasiswa menjadi individu yang berdaya maju dan mampu menyumbang kepada pembangunan masyarakat.

Bersama Kita Cetus Perubahan!

Mari bersama menerangi masa depan pendidikan mereka.

Hulurkan infaq anda hari ini dan jadikan ia amal jariah yang berpanjangan!

Sumbangan anda amat diperlukan

SUMBANGAN AMAT DIPERLUKAN DAN DIHARGAI UNTUK MENJAYAKAN PROJEK DAN PROGRAM YAYASAN. SILA SALURKAN SUMBANGAN KE AKAUN YAYASAN MIHRAB :