📚 Kluster Pendidikan
Memperluas akses pendidikan berkualiti melalui program akademik, Islamik, tahfiz, kemahiran dan pembangunan modal insan.
Peranan Kluster
Kluster Pendidikan Yayasan Mihrab berperanan sebagai penyedia program latihan pendidikan akademik, Islamik, tahfiz, kemahiran, teknologi dan modal insan bagi meningkatkan keupayaan serta potensi pelajar.
Kluster ini komited memperluas akses pendidikan terbaik kepada pelajar yang kurang berkemampuan, di samping menyediakan prasarana dan kemudahan yang menyokong perkembangan pembelajaran secara lebih menyeluruh.
Bidang tumpuan
- Program akademik, Islamik dan tahfiz
- Latihan kemahiran, teknologi dan modal insan
- Sokongan pendidikan serta kemudahan pembelajaran
Antara gerak kerja pendidikan yang disokong.
Sebahagian usaha pendidikan dan bantuan pembelajaran yang digerakkan melalui kempen Yayasan Mihrab.




Bersama menggerakkan manfaat yang berpanjangan.
Setiap sumbangan membantu Yayasan Mihrab meneruskan inisiatif pendidikan, perubatan, kebajikan dan pembangunan komuniti secara tersusun.