Kluster Kebajikan: Bina Bersama
Misi Sumbangan Set Pengurusan Jenazah: Menyempurnakan Tanggungjawab Terakhir Kita

Di setiap perjalanan hidup, ada masa di mana kita perlu memberikan penghormatan terakhir kepada saudara kita yang telah kembali ke Rahmatullah. Namun, tidak semua keluarga mampu menyediakan kelengkapan yang diperlukan untuk pengurusan jenazah yang sempurna.
Sebagai langkah menyokong keluarga asnaf dan mereka yang memerlukan, Yayasan Mihrab melancarkan Misi Sumbangan Set Pengurusan Jenazah, dengan tujuan untuk menyediakan set pengurusan jenazah bagi mereka yang kurang berkemampuan.
Setiap Sumbangan Anda Memberikan Ketenangan kepada Keluarga yang Berduka ...
Masih ramai yang terpaksa menghadapi kesukaran menguruskan jenazah akibat kekurangan sokongan dan kelengkapan.
Misi Menyampaikan 500 Set Pengurusan Jenazah Setiap Bulan
Yayasan Mihrab berkomitmen untuk menyalurkan sebanyak 500 set pengurusan jenazah kepada insan asnaf setiap bulan. Kami ingin memastikan bahawa setiap jenazah diuruskan dengan penuh penghormatan dan sesuai dengan syariat, tanpa memandang latar belakang kewangan keluarga
Setiap set pengurusan jenazah yang kami sediakan dilengkapi dengan 14 barangan penting yang memastikan jenazah diuruskan dengan sempurna. Barang-barang tersebut adalah:
Anggaran Kos Baik Pulih: RM800,000
Sebanyak 10,000 Set Pengurusan Jenazah Akan Disalurkan Kepada Keluarga Asnaf dan Daif
Bersama, Kita Wujudkan Perubahan!
Mari bersama-sama memastikan pengurusan jenazah dilakukan dengan adab dan tanggungjawab yang sewajarnya.
Hulurkan infaq anda hari ini dan jadikan ia amal jariah yang berpanjangan!
Sumbangan anda amat diperlukan
SUMBANGAN AMAT DIPERLUKAN DAN DIHARGAI UNTUK MENJAYAKAN PROJEK DAN PROGRAM YAYASAN. SILA SALURKAN SUMBANGAN KE AKAUN YAYASAN MIHRAB :

